Followers

Friday, April 5, 2013

Mundok, Munok, Muno

antara pengayuh basikal...ramai lagi dibelakang tu.
Satu hari saya tanya pada Ika, orang Rantau Panjang, cuti sekolah baru ni, jalan jam tak, nak ke Rantau Panjang? Taklah sangat. Saya rasa nak pergi ke sana lah. Lama dah tak pergi kesitu....jom lah pergi mundok!!! a good idea... lagi pun tak pernah gi mundok pun....
Jadi browse di internet..cari mundok, thailand...mana ada....yang ada muno.....rupa-rupanya...
ejaan rasmi, MUNO..tapi sebutan dikalangan Thais, munok, macam kitalah eja nasi...sebut nasik....Sampai ke Malaysia sebut Mundok!!!!
Klik google map, dari KB ke Muno, paling dekat ikut Tumpat. Tapi dengar orang lain kata ikut pasir mas. jadi mari try ikut tumpat...

tempat parking kereta. Free of charge!!
pagi jumaat tu cuaca cerah, kereta tak banyak....pagi tu nampak beberapa kumpulan pengayuh berbasikal sedang berkayuh berkumpulan...kemana tujuan, taklah diketahui....

Kami tak tahu betul ke jalan yang dituju...bila berhenti tanya, pakcik ditepi jalan, dia kata, jalan tu menuju ke rantau panjang..YES!!!! we are on the right track. Teringat soalan yang ditanya kepada kawan saya sehari sebelumnya. ada apa landmark Mundok tu...Dia kata kalau ada banyak kereta di tepi jalan tu ..ya lah tu...
Rumah hijau di sebelah sana tu adalah Mundok.
Ada sungai diantara sempadan tu.
Jadi kami pun meneruskan perjalanan. Tiba2 ternampak tanda dijalan "Parking ke MUNOK"...hey...dah sampai pun. Dari KB melalui Cabang Empat, Tumpat, hanya 30 km, dan memakan masa hanya 30 minit!! Yang heran nya masa tu, tak ada kereta pun di tepi jalan..seperti yg diberitahu oleh kawan saya...Kami sampai lebih kurang pukul 8.30 pagi. cari parking bawah pokok dan terus naik perahu...
Perahu banyak...bayar RM1 sahaja seorang. Walaupun nampak dekat, bayar sajalah..kalau tak bayar...nak bereneng ke seberang ke???

Na tersenyum posing atas perahu...
Sampai kesana, tak tahu mana nak tuju....Jalan sajalah..Rupa-rupanya kami ni sampai awai sangat...kedai pun banyak baru nak bukak. so...kami pergi cari breakfast dulu...Nasi berlaukkan ayam paprik-RM2. Tea "O" Ais RM1.
Hari sudah beransur panas..orang pun dah mula ramai. Kami jalan-jalan nak tengok2 saje. Tudung bawal yang dijahit maik, sampai atas kepala, ada yang jual dengan harga RM15 sahaja. Tapi tak beli, sebab tak minat pakai kain bawal...buat masa ini....mungkin dekat nak "Raya" nanti, beli jugak kot!!
pegang beg macam duit ada sejuta....tapi tak beli apa pun...
Jalan2...masuk pasar, beli buah pauh..dekat dengan pasar. jangan beli dekat dengan tepi sungai. harga agak mahal sikit...kena jalan keatas lagi, barulah murah sikit. Buah pauh, 5kg RM10. tapi di tepi sungai, harga hampir sama dengan di KB. Sudah nya setelah puas pusing-pusing, beli air dalam cawan Doraemon...yang dibuat dari tanah liat. Harga air sekali dengan bekas hanya RM2.50 sahaja....
Lebih kurang pukul 11.30 pagi kami pun naik perahu nak balik....bila nak naik perahu...eh..eh kami park kereta dibelah mana tadi?? tak perasan pulak ada dua pengkalan yang berbeza...la...kami turun perahu pengkalan lain la pulak...alamatnya...terpaksalah berjalan kaki pergi ke parking sebelah......
bukti kami dah sampai ke Mundok!!!
Sampai balik KB lebih kurang 12 tengahhari...hajat di hati akan pergi lagi ke situ lain kali...Warning..hanya hari Jumaat sahaja warga Malaysia boleh kesana dengan mudah...hari lain...NO...NO...NO....pergi rantau panjang sudah lah.........














jalan menghala ke bandar Muno, Thailand.

Friday, March 8, 2013

sejarah perjanjian sultan sulu perihal Sabah

ini adalah artikel yang dipetik dari blog rakyat marhaen:

Sabah claim: A tale of two versions

The great controversy with the Sulu Sultanate is whether the contract involving territories including Sabah was for a lease or a cession.
Sulu Sultan Jamalul Kiram III’s defiance against calls for his army in Lahad Datu to surrender despite having lost his soldiers in a shootout with Malaysian security forces and his men’s decision to “die in Lahad Datu” has stoked the curiosityof Sabahans.
His daring modus operandi in claiming Sabah as his rightful homeland has awakened the curiosity of many here who are in the dark or have only a vague knowledge about the historical background of Jamalul’s Sabah claim.....
Ada beberapa versi tentang tuntutan sultan sulu ni.Mengapa sekarang baru mereka bertinadak? Kerana kerajaan filipina tidak tetap pendirian didalam pengiktirafan kesultanan sulu.
Dua versi perjanjian
pada tahun 1658, sultan Brunei telah menyerahkan bahagiam utara dan timur Sabah( bukan seluruh negeri!) apabila sultan sulu membantu sultan Brunei melawan pemberontak di Brunei. Tetapi pada 22Jun, 1878 satu perjanjian telah ditangani antara Sultan Jamalul Alam mewakili "tuanpunya Sabah" dan Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent mewakili "Syarikat British India Timur" sebagai penyewa. Persoalannya LEASE (SEWA) atau CESSION(SERAH HAK).
Mengikut perjanjian British, kawasan itu diserahkan , tetapi mengikut perjanjian Sulu, ianya disewa sehingga "end of time". Jadi yang mana satu betul. (kalau tak salah tafsiran saya kedua-duanya kira bagi terus...yang satu tak payah bayar, yamg satu lagi kena bayar..betultak??)
Protokol Madrid.
pada 22July, 1878, sultan sulu dan sepanyol, menandatangai surat perjanjian menyerahkan keseluruhan milik beliau kepada Sepanyol!!! Ini bermaksud beliau tidak lagi berhak menuntutnya- Borneo utara iaitu Sabah!! Tetapi mengikut Filipina, kesemua keseluruhan milik beliau tidak termasuk Sabah kerana ianya tidak dinyatakan termasuk Sabah. Pada tahun 1881 , borneo utara diperintah oleh syarikat British North Borneo (dulu dipanggil British East India Company ) oleh kerajan Britain. pada tahun 1885 sepanyol menandatangani perjanjian dengan Britain dan Germany (tidak termasuk sultan sulu) yang dikenali sebagai "Madrid Protocol" menuntut hak kesultanan Sulu".Bukankah apabila segala tanah kepunyyan telah diserahkan hak kepada Sepanyol, maka perjanjian "LEASE or CESSION" secara automatik akan terbatal.(komen penulis : kalau kita sewakan rumah pada orang lain, apabila rumah itu telah diserahkan kepada empunya baru, sudah tentu kita tidak lagi berhak menuntutnya , ya tak???)
Untuk menyakinkan lagi, Sultan Jamalul Kiram menandatangani surat perjanjian penyerahan hak pada tahun 1903. jadi terbukti Sultan Sulu sudah tiada lagi hak keatas Borneo Utara.
 Salah tafsiran Terma
pada tahun 1915, status Sulu berubah apabila kesultanan Sulu dilucutkan kuasa dan hanya membawa gelaran "Sultan " yang tiada kuasa.Ini adalah kerana Amerika tidak berminat dengan Borneo Utara. Perlu diingatkan :Sedangkan Sulu sudah tidak lagi berhak keatas Borneo utara.
Pada tahun 1935, apabila Filipina mengisytiharkan perlembagaan mereka, ianya menyatakan sempadan negara adalah berasaskan sejarah dan tuntutan undang2. yang peliknya surat dihantar kepada Gabenor Borneo Utara, bertarikh 28Julai, 1936 dari duta British di manila(? His Britannic Majesty’s Consul General in Manila) bahawa kerajaan Filipina tidak mengiktiraf keujudan Kesultanan Sulu. Secara tidak langsung Kesultanan Sulu sudah tamat!! sudah tidak ujud lagi!!! Tetapi dalam salasilah keluarga mereka, mereka masih meneruskan perwarisan kesultanan SULU didalam sistem kesultanan yang sudah tidak ujud lagi.
Pada Disember, 1939, sembilan waris takhta kesultanan Sulu menang tuntutan dimahkamah, dimana bayaran perlu dibuat kepada waris sebagai "cession money" (komen penulis :duit serahan hak-kalau dialih bahasa secara literal) dan bukan harta tanah. tetapi kemudiannya pihak Filipina telah menyatakan hakim Macaskie yang mengendalikan kes tersebut telah tersalah tafsir dokumen tahun 1878 yang ditulis dalam tulisan jawi. Pihak Filipinan menyatakan maksud "pajak" dalam surat tersebut bermaksud "sewa" tetapi telah dialih bahasakan kepada "cession or lease".
Filipina mengiktiraf SULU
pada tahun 1950, tiga ahli kongress filipina, meminta kerajaan Filipina menuntut hak ketas Sabah. Kajian mendalam dijalankan untuk menuntut Sabah. Macapagal menang kerusi presiden Filipina sebahagiannya adalah atas isu tuntutan Sabah. pada tahun 1957, kesultanan Sulu mengisytiharkan penamatan perjanjian/kontrak tahun 1878. (perjanjian serahan hak ke sepanyol ) efektif pada tahun 22Jan,1958. Surat dihantar kepada kerajaan British, tetapi ianya tidak di endahkan. Persoalannya adakah mereka berhak menarik balik, perjanjian 80 tahun lampau, sedangkan kesultanan SULU pun sudah dimansuhkan!
Pada tahun 1962, Sultan Esmail Kiram menyerahkan surat kuasa kepada Macapagal memberi kuasa kepada kepada kerajaan Manila hak untuk menuntut Borneo Utara dan kawasannya bagi pihak kesultanan SULU. Melalui penerimaan hak tersebut, secara tidak langsung kerajaan Fipina, mengiktiraf kesultanan SULU semula.
Turutan dari itu kerajaan Filipina meneruskan tuntutan bagi pihak Sultan SULU dari kerajaan British. Tetapi pada tahun 1989 (sic - mungkin silap tahun) Sultan Jamalul Kiram menarik balik surat kuasa itu, kerana merasakan kerajaan Filipina telah gagal menuntut Sabah. Pada bulan March, 1963, senator Salonga menyatakan tidak berhak menuntuk Sabah atas masaalh teknikal...dan sebagainya, dan hak mereka telah termaktud dalam perjanjian sebagai "lessee"..
Apabila Presiden Marcos menang pada tahun 1966, dia mengiktiraf Malaysia, secara tidak langsung mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia. Pada tahun seterusnya dia bersetuju untuk tidak meneruskan tuntutan tersebut dan lebih fokus kepada penyatuan ASEAN.
Tetapi usaha Marcos berbaik dengan Malaysia mengalami keretakan apabila terbongkarnya insiden "Pembunuhan Jabidah" dimana orang2 MORO dilatih untuk mengadakan pemberontakan dan mengambil alih Sabah dibawah "Projek Merdeka". Pada tahun 1968, mengikut akta 5446, menuntut Sabah sebagai sebahagian dari jajahan takluk Filipina. Padatahun 1974, lagi sekali kerajaan Manila mengiktiraf kesultanan Sulu apabila pertabalan tengku mahkota diisytiharkan kepada umum. Pertabalan ini adalah ekoran kerajaan Filipina mengiktiraf kesultanan sulu.
Pada tahun 1977, Marcos menarik balik tuntutam keatas Sabah. tetapi Sultan Sulu masih meneruskan tuntutan keatas SABAH. tetapi tidak lagi mengharapkan kerajaan Filipina untuk melakukannya.
Pada tahun 2008 ketika "Second MNLF Peace Summit" Nur Misuari yang bersumpah akan menuntut Sabah bagi Kesultanan Sulu secara aman. Pada tahun 2011, mahkamah Filipina memutuskan untuk menangguhkan tuntutan keatas Sabah disatu masa akan datang.
11 hari selepas pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, surat khabar Filipina "Daily Tribune" melaporkan, pegawai istana Malacanang mengatakan, tidak terdapat bukti mengatakan bahawa Sabah adalah sebahagian dari Filipina. Kerajaan Filipina tidak mempunyai sebarang bukti tentang rekod perjanjian antara kerajaan British dan Sultan Sulu. Jadi jika kerajaan Filipina meneruskan tuntutan tersebut, mereka tiada bukti asas yang kukuh.
Pada masa yang sama seorang pengamal undang2, Casino, mendesak kerajaan untuk menuntut Sabahsecara diplomatik dan aman, untuk kebaikan penduduk Filipina. Kerana katanya kesultanan Sulu mempunyai sejarah dan perundangan yang kukuh.
Tetapi presiden Aquino, merasa malu kerana seluruh dunia sedang memerhatikan peristiwa Lahad Datu, dan ingin memelihara hubungan diplomatik dengan malaysia, dan juga bahaya jika pergaduhan tercetus, ianya akan melibatkan 800,000 rakyat Filipina di Sabah. Oleh kerana itu adalah lebih baik bagi penceroboh itu mengundurkan diri dan pulang ke Sulu tanpa sebarang syarat, sebelum rundingan boleh diteruskan......
SEKIAN "translation" yang dilakukan...maaflah kalau ianya kurang tepat. kalau begitu bacalah artikel yang asal pada link yang disertakan diawal post ini.....
 

 

Tuesday, March 5, 2013

Perjanjian dengan Sultan Sulu.

cantik nya kepulauan SULU. Sayangnya tidak di ambil peluang yang ada.....
Sulu adalah sebuah negara yang terdiri dari gugusan pulau-pulau di Selatan Filipina dan di Timur Sabah.
Kepulauan kalau di bangunkan sebagai tumpuan pelancongan, wow....sangatlah cantik. Malangnya ianya tidak berlaku. Jika kesempatan ini diberikan kepada mana2 syarikat , sudah tentu kepulauan Sulu sudah lama membangun dan menjadi kaya raya, tidak seperti sekarang. Hasil dari itu, keturunan raja2 Sulu hanya berharapkan pampasan yang dibayar oleh kerajaan Malaysia sejak dulu kala.




ini adalah surat pembayaran sewa pajakan Sabah kepada Malaysia yang dibayar kepada Kesultanan Sulu. Di perolehi dari facebook topeng perak .https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151417467018046&set=a.315760538045.145669.215868293045&type=1#!/photo.php?fbid=10151417467018046&set=a.315760538045.145669.215868293045&type=1&theater


































Saya tidak kaji sejarah. Kalau surat ini betul, memang Sabah adalah milik Sulu. Itulah tuntutan mereka. Apakah syarat2nya? Itu adalah perjanjian pemimpin zaman dahulu. boleh baca disini: http://onthesulusea.blogspot.com/p/masyarakat-sulu-di-sabah-bukan.html  Apakah implikasinya?
BANYAK!!!!!! Antaranya:

  • Kalau Malaysia tidak mahu menyerahkan Sabah balik kepada Sulu, tentulah perang jadinya. Ada khabar angin mengatakan MILF akan menyokong Sulu! Kumpulan inilah kerajaan Malaysia membantu utk mendapatkan autonomi dari kerajaan Filipina. Kenapa? Mereka adalah bersaudara....satu negara, sesama islam..dan banyak lagi persamaannya.
  • Filipina nak buat apa? Filipina lagi suka kalau Sabah adalah sebahagian dari Filipina. Kita pun akan suka kalau tanah jajahan Filipina kalau jatuh ke Malaysia, walaupun satu inici pun kita tak akan dapat secara peribadi, dan mungkin tidak akan jejak kaki langsung keatas tanah tersebut, ya tak?
  • Apa akan jadi pada penduduk Sabah.......Banyak masaalah.Nak jadi warga mana???? Beratus-ratus tahun berada bawah Malaysia, tok-nenek orang Malaysia. Keluarga ada disemenanjung....Nak jadi bawah Sulu????Mungkin ramai tak setuju. MUNGKIN kalau UNDI dijalankan keatas penduduk Sabah, kemungkinan besar ramai mahu Sabah masuk Malaysia dan bukan Sulu. Malaysia sudah habis jutaan ribu RM untuk bangunkan Sabah. Jadi bagaimana...
  • Politically???? Kerusi parlimen BN banyak datangnya dari Sabah dan Sarawak....Kalau Sabah dan Sarawak, bukan dalam Malaysia,...alamatnya BN tiada harapan untuk menang dalam PRU 13.



Thursday, February 28, 2013

Di LCCT nak ke KK,Sabah

Trip ke Sabah pada 1hb hingga 6hb Disember, 2013 kerana menghadiri Conference CHUSER 2012 yang dianjurkan oleh IEEE. Apa lagi, "sambil menyelam minum air." Tiket untuk lima orang pergi balik berjumlah RM1670. Okaylah..murahlah jugak. Booking beberapa bulan awal.Lebih kurang RM330 seorang, pergi balik, menaiki Air-Asia. Conference rate agak mahal, tetapi berbaloi kerana ianya termasuk hotel 5STAR, selama 4 hari, 3 malam, iaitu RM2100. Conference diadakan diSutera Harbour Resort. Memang berbaloi....
Uh berpeluh-peluh akibat terpaksa berkejar-kejar takut tertinggal flight.
MakTok duduk dibelakang. Seat sempit. Jiran2, kesian tengok Uh, bila time makan, dia orang bagi pada dia....kesiannya..anak sape lah tu????
Alang2 dah nak pergi Sabah, kami pergi awal satu hari dan balik lewat satu hari sebelum dan selepas conference.
1hb Disember,2012, jatuh hari Sabtu. Kami bertolak dari rumah CikJah di Nilai dua jam sebelum flight. nak sampai airport lebih kurang setengah jam. Bila sampai di LCCT, masyAllah ramainya orang...........Kena beratur EMPAT KALI...Baca betul2 EMPAT KALI!!! itu pun kami dah dapat boarding pass dari rumah lagi!!! sekali untuk tag /scan luggage. Itupun queue panjang dah. Kali kedua beratur pulak sekali lagi untuk hantar luggage naik flight. Beratur panjang lagi..Beratur sekali lagi utk scan passenger sebelum boleh masuk boarding area. dan last skali beratur utk naik flight..
Semasa beratur nak check-in luggage, dengar announcement panggil passenger utk ke Sabah utk boarding. Apalagi, kelam-kabutlah kami pun. Apa lagi, minta izin utk potong queue. Lantaklah orang lain nak kata apa. Masa tu dah tinggal less than one-hour sebelum flight. Then rushing pulak utk beratur masuk boarding. Orang memang tersangat ramai masa tu. Elok2 kami sampai di gate utk naik kapal terbang, memang orang sudah berdiri beratur utk naik kapal terbang.....Hai....memang lelah jugaklah. Kesian my mother dan UH yang terpaksa berkejar-kejar. Alhamdulillah kami sempat....
Penerbangan selama dua setengah jam agak lama dan boring. Tambahan kami tak order sebarang makan. Kesian budak2. Jadi on the way back kami ambik makan satu set sorang. portion nya sikit, tapi oklah jugak. Kami order nasi ayam and nasi beriyani. Nasi briyani lagi SEDAP!!!Alang2 dah

Jadi morale of the story : datang AWAL lebih kurang tiga jam!!! Maklumlah sekarang ni orang dah ramai naik AirAsia. Tempat sempit dan tak sistematik dan berterabur...Kaunter tak banyak, sebab dia nak jimat bayar gaji pekerja. Kalau orang tak dapat naik, dia lagi untung. Tiket tak ganti dah...kena beli lain....Tapi sebab nak pergi jalan nak jimat belanja, begitulah jadinya...

Monday, February 25, 2013

Regresi Linear Mudah 1: Pengenalan

Apa itu regresi?
Dalam Bahasa Inggeris Regresi Linear Mudah ialah Simple Linear regression. Analisis regresi, atau lebih mudah regresi, adalah satu teknik statistik yang digunakan untuk mencari kaitan antara dua pembolehubah (variables).
Contohnya kaitan antara :
  1. jualan (sales) dan keuntungan(profit).
  2. masa belajar dan markah yang diperolehi dalam peperiksaan
  3. dan macam-macam lagi
antara kedua-dua pembolehubah itu, perlu dikenal pasti yang mana bergantung kepada yang mana?
Contoh 1, antara jualan dan keuntungan, keuntungan ditentukan oleh jualan dan bukan sebaliknya. Jadi jualan adalah pembolehubah "tidak bersandar" (independent variable=IV), dan keuntugan adalah pembolehubah "bersandar" (dependent variable = DV).
Bagi Contoh 2 pula, antara masa belajar dan markah dalam peperiksaan, markah ditentukan oleh masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji, dan bukan sebaliknya. Jadi masa belajar adalah pembolehubah "tidak bersandar" (independent variable=IV), dan markah peperiksaan adalah pembolehubah "bersandar" (dependent variable = DV).

Jadi tujuan regresi adalah untuk mendapatkan kaitan antara kedua-dua pembolehubah itu, dan juga, jika kita tahu nilai IV, anggaran berapakah nilai DV boleh diperolehi.

Contoh data. Jadual berikut menunjukkan jualan bagi sejenis produk oleh syarikat ABC untuk beberapa bulan tertentu, dan juga keuntungan bagi bulan tersebut. Data bagi jualan dan keuntungan adalah dalam ribu RM.
Bulan
Jualan
(ribu RM sebulan)
Keuntugan
(ribu RM sebulan)
1
12.3
7.9
2
21.4
15.4
3
10.8
3.9
4
19.7
10.8
5
22.6
15.9

Persoalannya:

  1. Adakah terdapat kaitan antara jualan dan keuntungan?
  2. Berapakah anggaran Keuntungan yang boleh diperolehi oleh sesuatu bulan jika didapati jualan bagi bulan tersebut ialah RM20,000?
  3. bagaimanakah cara untuk menghuraikan data tersebut. 
Saya akan menunjukkan cara untuk memproses data tersebut menggunakan software SPSS....


...sambung next entry