Followers

Saturday, April 19, 2014

Memandu kereta sendiri ke Haadyai

Hati rasa cemburu bila orang yang duduk jauh, bila sampai ke Haadyai. Kita yang dok sebelah ni pun, tak sampai2... jadi kebetulan masa pergi ambil Abecik di UiTM Penang, kami plan utk masuk ke Haadyai dengan kereta. Kalau tak bawak kereta, Uh and Maktok kena tinggal - handicap.

Jarak Jitra to Haadyai hanyai 45 minutes driving. Bila merujuk ke peta.....lebih dekat balik ke Kota Bharu ikut Thailand dari Jitra. hm...hm...hm...Masa pergi ikut Lebuhraya timur-Barat, hujan lebat sangat2. Jalan di Kedah tu pun tak berapa nampak. Udah le sempit, kebetulan ada pokok tumbang...Phobia rasanya nak lalu ikut tu sekali lagi.
 Jadi persiapan membawa masuk kereta ke Haadyai pun bermula. Keperluan untuk membawa masuk kenderaan ke Thailand:
1. Geran kereta - menunjukkan pemandu itu adalah tuan empunya kereta. Pastikan road-tax sudah dibayar.(ada yang mengatakan perlu di fotostat beberapa keping geran, kerana kemungkinan akan ditahan oleh polis/ askar thailand - jadi spare aje, tak check pun..)
2.Passpot - semestinya
3.Insurans kenderaan yang dibeli untuk masuk thailand. Boleh di beli di banyak kedai tepi jalan di Changlun.

keadaan di Changlun, kebetulan ketika itu adalah hampir dengan musim pilihanraya.
secara teorinya mudah saja..tetapi, oleh kerana kami tak pernah masuk, jadi terpinga2 jugak pada mulanya.

Melepasi immigresen Malaysia amat mudah. Tiada soal -jawab. tunjuk paspot, sambil memandu, passenger tak perlu turun kereta pun. senang saja beres....

memasuki Thailand
Banyak jugak kenderaan Malaysia yang masuk ke Thailand. Bila sampai sebelah sana...mula kami terpinga2. jadi saya pun ringankan mulut untuk bertanya. Rupa2nya semua passenger kena turun dari kereta. Isi white form, imigresen punya form, disertakan dengan passport. Borang itu boleh didapati dengan percuma kalau masuk minta dalam ofis. tapi ada juga ulat2 yang ambil kesempatan dengan menjual borang2 tu. Setelah isi borang kami kena beratur untuk tunjuk muka dekat imigresen dan kena "HULUR" - LETAK duit dalam passpot. Sepatutnya tidak dikenakan sebarang bayaran. tetapi sudah kebiasaan pegawai imigresen akan minta duit kopi, (jadi wajib bayar). Jadi kalau nak kaya, jadi pegawai imigresen thailand....dalam satu hari tentu banyak collection yang dapat. duit gaji memang tak usik... Semasa kami pergi orang punyalah ramai, jadi kelamkabut sikit bagi kami yang masuk pertama kali tu. Passenger beratur lain, Geran kereta ditempat lain....Proses di imigresen tu yang cerewet. kami habiskan masa yang agak lama disitu. lebih dari sejam. tapi bila beres lega....perjalanan ke Haadyai tak sampai pun sejam...
tertera bendera negara2 ASEAN...



 Bersambung......


No comments:

Post a Comment