Followers

Saturday, April 19, 2014

Booking Hotel di Ho Chi Minh City

Terdapat banyak hotel di Ho Chi Minh. Kebanyakannya adalah unit rumah kedai dan dijadikan hotel. Tumpuan pelancong Malaysia ialah di sekitar Ben Thanh Market, terutama sekali di Jalan "Nguyen An Ninh". kadang kala dikenali sebagai Malaysian Street. Dideretan jalan ini terdapat hotel Saigon pink, Than Thu Hotel, dan banyak lagi.
Tapi jgn ambik risiko dengan "walk in". Takut nanti kena tidur tepi jalan...ha...ha...acah aje. Taklah...cuma ditakuti bila sampai2 tanya hotel sana dan sini semuanya penuh...apa hal? kalau siang hari, sempat lagi cari hotel lain. Dan ditakuti terpaksa duduk di hotel yang mahal dan jauh dari tempat yang hendak di tuju.

Ada yang kata lebih mudah booking di AGODA. Memang ya! Cuma kalau booking di Agoda lebih mahal, sebabnya melalui AGODA, cukai akan dikenakan. Tapi di HCMC, hotel tak kena cukai. ( Kalau hotel lain kena tak tahulah. Hotel yang kami duduk tu tak kena)

Deretan kedai dan hotel di Nguyen an ninh. 
Jadi boleh browse di internet, dan telefon terus ke hotel tersebut. Besar kemungkinan ramai jugak yang boleh bertutur bahasa inggeris. Ada jugak yg boleh bertutur sikit2 bahasa melayu kerana dah ramai Malaysian ke sana. Tapi kalau malas nak bersusah payah booking saja melalui AGODA atau BOOKING.com. Tapi kalau nak murah sikit, talifon terus ke Vietnam dan tanya. Kalau hotel dia sendiri penuh, dia mungkin boleh carikan hotel yg berdekatan.
  Satu pantang orang Vietnam ni. Kalau kita duduk bertiga utk bilik berdua dia akan marah. Jadi kalau bertiga kena beritahu ingin duduk bertiga. Mereka akan berikan bilik yang sesuai. Secara purata, kami duduk Than Thu Hotel, budget bilik hotel antara RM30-RM50 seorang / satu malam.






No comments:

Post a Comment