Followers

Monday, February 25, 2013

Regresi Linear Mudah 1: Pengenalan

Apa itu regresi?
Dalam Bahasa Inggeris Regresi Linear Mudah ialah Simple Linear regression. Analisis regresi, atau lebih mudah regresi, adalah satu teknik statistik yang digunakan untuk mencari kaitan antara dua pembolehubah (variables).
Contohnya kaitan antara :
  1. jualan (sales) dan keuntungan(profit).
  2. masa belajar dan markah yang diperolehi dalam peperiksaan
  3. dan macam-macam lagi
antara kedua-dua pembolehubah itu, perlu dikenal pasti yang mana bergantung kepada yang mana?
Contoh 1, antara jualan dan keuntungan, keuntungan ditentukan oleh jualan dan bukan sebaliknya. Jadi jualan adalah pembolehubah "tidak bersandar" (independent variable=IV), dan keuntugan adalah pembolehubah "bersandar" (dependent variable = DV).
Bagi Contoh 2 pula, antara masa belajar dan markah dalam peperiksaan, markah ditentukan oleh masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji, dan bukan sebaliknya. Jadi masa belajar adalah pembolehubah "tidak bersandar" (independent variable=IV), dan markah peperiksaan adalah pembolehubah "bersandar" (dependent variable = DV).

Jadi tujuan regresi adalah untuk mendapatkan kaitan antara kedua-dua pembolehubah itu, dan juga, jika kita tahu nilai IV, anggaran berapakah nilai DV boleh diperolehi.

Contoh data. Jadual berikut menunjukkan jualan bagi sejenis produk oleh syarikat ABC untuk beberapa bulan tertentu, dan juga keuntungan bagi bulan tersebut. Data bagi jualan dan keuntungan adalah dalam ribu RM.
Bulan
Jualan
(ribu RM sebulan)
Keuntugan
(ribu RM sebulan)
1
12.3
7.9
2
21.4
15.4
3
10.8
3.9
4
19.7
10.8
5
22.6
15.9

Persoalannya:

  1. Adakah terdapat kaitan antara jualan dan keuntungan?
  2. Berapakah anggaran Keuntungan yang boleh diperolehi oleh sesuatu bulan jika didapati jualan bagi bulan tersebut ialah RM20,000?
  3. bagaimanakah cara untuk menghuraikan data tersebut. 
Saya akan menunjukkan cara untuk memproses data tersebut menggunakan software SPSS....


...sambung next entry


No comments:

Post a Comment