Followers

Saturday, April 26, 2014

what statistical tests to use?

Student selalu datang jumpa saya, puan saya nak guna test statistiks yang mana ni????.....Sepatutnya....Persoalan ini sudah difikirkan sebelum data dikutip lagi..ini tidak...terbalik....buat Soalselidik edarkan, lepas tu baru tanya nak buat macam mana?????
Umpama, pergi pasar beli barang untuk memasak. Dalam kepala hanya ingat, nak masak ayam hari ini. Jadi ayam di beli, berserta dengan beberapa barang2 yang lain. Bila sampai rumah baru tanya, nak masak apa ya?? kalau kebetulan benda yang hendak dimasak tu dah ada tak apa, kalau tak ada terpaksalah kekedai semula untuk membeli. Kalau ada duit lagi tak apalah. Kalau duit dah habis??? Kesudahanya...main masak campak2 saja.
Kalau thesis masters atau PHD buat macam tu...alamat MAJOR DISASTER lah jawab nya.
Ok sebelum nak tahu test apa yang perlu kita gunakan, ada tiga soalan yang perlu ditanya :
-ukuran yang digunakan (nominal, ordinal, interval, ratio)
-sampel (bilangan sampel yang terlibat :univariate, bivariate, multivariate)
-tujuan (predict mean, proportion, relationship, modelling??)

Nominal - categorical atau qualitative data.
contoh nominal : jantina, kursus yang diambil, warna, jenis akaun,..
ujian yang boleh digunakan - test for proportion, test for relationship / independent u menggunakan Chi-Square test.
Ordinal data - Individual LIKERT item vs multiple-items LIKERT scales
contohnya: faktor Kesetiaan pelanggan (customer's lotalty) mungkin boleh diwakili oleh 3 item (soalan). 3A, 3B dan 3C. Jadi kalau ingin dianalisa setiap item secara individu, data tersebut adalah ordinal.
Ujian yang sesuai digunakan : Non parametric tests-wilcoxon, mann witney, kruskal wallis....bergantung atas objective
Interval -Tetapi jika ketiga2 item di satukan, dan nilai average yang diambil kira,  ianya sudah menjadi interval data dan dikenali sebagai LIKERT scale items.
Ujian yang sesuai digunakan : parametric tests, t-test, ANOVA,...bergantung atas objective

Ratio - Level yang paling tinggi dari segi ukuran data. Seboleh mungkin, data sepatutnya dikutip dalam bentuk ini. tetapi adakalanya, responden tidak suka menjawab soalan dalam bentuk ini, maka penyelidik selalunya akan menukarkannya dalam bentuk kategori (dah jatuh level jadi yang paling rendah -nominal)
contoh : umur dalam taun. Gaji sebulan. Keuntungan in RM, dan banyak lagi.
Ujian yang boleh digunakan....test for mean, test for relationship, modelling..but depends on the variables, too.

SAMPLE
Univariate - bermaksud data yg ada hanyalah satu saja variable.
contohnya.

  • Perbelanjaan syarikat setiap tahun.
  • markah pelajar dalam satu ujian
  • indeks harga pengguna
Bivariate - terdapat dua variable yang boleh dibandingkan

  • Perbelanjaan dan keuntungan syarikat setiap tahun.
  • markah pelajar dalam dua  ujian
  • indeks harga pengguna indeks harga rumah

  • Multivariate - tiga atau lebih dari tiga variables
    • Perbelanjaan syarikat serta beberapa maklumat lain, antaranya, bilangan pekerja, keuntungan, setiap tahun.
    • markah pelajar dalam lima mata pelajaran, masa yang diperuntukkan untuk membaca buku, jenis kediaman, dan banyak lagi.
    • indeks harga pengguna, harga minyak, pendapatan, bilangan anak,...
    OBJECTIVE
    Antara objectives yang biasa adalah untuk 
    • mencari atau "to predict" nilai mean
    • to predict proportion in a population, having a certain characteristics
    • to compare two samples whether they have the same mean or proportion
    • trying to find the kind of distribution of a sample
    • to build a statistical model in order to make future predictions


    ALL details will be discussed in other entries.


    Sunday, April 20, 2014

    Telefon , internet di Vietnam

    Pada mulanya saya bercadang utk membeli airtime, supaya senang menghubungi keluarga di Malaysia. Tapi sudahnya, saya hanya menghubungi melalui SMS dan whatsapp sahaja. Line internet agak laju. Tetapi kalau masih ada yang mahu membelinya, boleh minta pembantu hotel tolong membelinya. Mereka akan sentiasa ada di lobi hotel, menjaga tetamu, membantu tetamu dan menjauhi dari penjual kaki lima memasuki hotel dan menganggu tetamu.
    Kalau dibeli dari wakil penjual, airtime harganya lebih kurang 80,000VND iaitu bersamaan dengan RM12-RM13. Tetapi kalau kita minta pembantu hotel tu tolong, dengan harga yang sama, komisen akan diterima oleh pembantu hotel tu...
    Tetapi perlu disuruh orang tu sendiri yang masukkan simcard dan setting telefon tu. takut nanti, credit masih banyak, tapi panggilan tak boleh di buat.

    Waktu Solat di Vietnam

    Sebelum pergi ke vietnam jangan lupa utk semak waktu solat disana...Boleh check dengan dua link berikut:
    http://www.islamicfinder.org/cityPrayerNew.php?country=viet_nam
    http://alhafiz.net/prayertimes/Vietnam-Ho-Chi-Minh-City-Ho-Chi-Minh/
    secara amnya jam di Malaysia cepat satu jam dari Vietnam. Ketika di Malaysia 8.00 pagi, di Vietnam baru pukul 7.00 pagi. Bila waktu solat Isyak di Vietnam ialah 7.15 malam, ketika itu hampir jugak dengan waktu Isyak di Malaysia jam 8.15 malam. Diharap ini dapat membantu.
    Arah kiblat?? No problem. Tanya dengan pekerja hotel. Ataupun tanya saja orang Melayu yang berjumpa di hotel....Mungkin ada yang check dengan smart phone masing2.
    Internet di sesetengah hotel tiada masalah. Ditempat kami menginap, wifi mudah diperolehi.-PERCUMA... Jadi satu cara menghubungi keluarga di Malaysia melalui Whatsapp saja....

    Saturday, April 19, 2014

    Memandu kereta sendiri ke Haadyai

    Hati rasa cemburu bila orang yang duduk jauh, bila sampai ke Haadyai. Kita yang dok sebelah ni pun, tak sampai2... jadi kebetulan masa pergi ambil Abecik di UiTM Penang, kami plan utk masuk ke Haadyai dengan kereta. Kalau tak bawak kereta, Uh and Maktok kena tinggal - handicap.

    Jarak Jitra to Haadyai hanyai 45 minutes driving. Bila merujuk ke peta.....lebih dekat balik ke Kota Bharu ikut Thailand dari Jitra. hm...hm...hm...Masa pergi ikut Lebuhraya timur-Barat, hujan lebat sangat2. Jalan di Kedah tu pun tak berapa nampak. Udah le sempit, kebetulan ada pokok tumbang...Phobia rasanya nak lalu ikut tu sekali lagi.
     Jadi persiapan membawa masuk kereta ke Haadyai pun bermula. Keperluan untuk membawa masuk kenderaan ke Thailand:
    1. Geran kereta - menunjukkan pemandu itu adalah tuan empunya kereta. Pastikan road-tax sudah dibayar.(ada yang mengatakan perlu di fotostat beberapa keping geran, kerana kemungkinan akan ditahan oleh polis/ askar thailand - jadi spare aje, tak check pun..)
    2.Passpot - semestinya
    3.Insurans kenderaan yang dibeli untuk masuk thailand. Boleh di beli di banyak kedai tepi jalan di Changlun.

    keadaan di Changlun, kebetulan ketika itu adalah hampir dengan musim pilihanraya.
    secara teorinya mudah saja..tetapi, oleh kerana kami tak pernah masuk, jadi terpinga2 jugak pada mulanya.

    Melepasi immigresen Malaysia amat mudah. Tiada soal -jawab. tunjuk paspot, sambil memandu, passenger tak perlu turun kereta pun. senang saja beres....

    memasuki Thailand
    Banyak jugak kenderaan Malaysia yang masuk ke Thailand. Bila sampai sebelah sana...mula kami terpinga2. jadi saya pun ringankan mulut untuk bertanya. Rupa2nya semua passenger kena turun dari kereta. Isi white form, imigresen punya form, disertakan dengan passport. Borang itu boleh didapati dengan percuma kalau masuk minta dalam ofis. tapi ada juga ulat2 yang ambil kesempatan dengan menjual borang2 tu. Setelah isi borang kami kena beratur untuk tunjuk muka dekat imigresen dan kena "HULUR" - LETAK duit dalam passpot. Sepatutnya tidak dikenakan sebarang bayaran. tetapi sudah kebiasaan pegawai imigresen akan minta duit kopi, (jadi wajib bayar). Jadi kalau nak kaya, jadi pegawai imigresen thailand....dalam satu hari tentu banyak collection yang dapat. duit gaji memang tak usik... Semasa kami pergi orang punyalah ramai, jadi kelamkabut sikit bagi kami yang masuk pertama kali tu. Passenger beratur lain, Geran kereta ditempat lain....Proses di imigresen tu yang cerewet. kami habiskan masa yang agak lama disitu. lebih dari sejam. tapi bila beres lega....perjalanan ke Haadyai tak sampai pun sejam...
    tertera bendera negara2 ASEAN...



     Bersambung......


    Booking Hotel di Ho Chi Minh City

    Terdapat banyak hotel di Ho Chi Minh. Kebanyakannya adalah unit rumah kedai dan dijadikan hotel. Tumpuan pelancong Malaysia ialah di sekitar Ben Thanh Market, terutama sekali di Jalan "Nguyen An Ninh". kadang kala dikenali sebagai Malaysian Street. Dideretan jalan ini terdapat hotel Saigon pink, Than Thu Hotel, dan banyak lagi.
    Tapi jgn ambik risiko dengan "walk in". Takut nanti kena tidur tepi jalan...ha...ha...acah aje. Taklah...cuma ditakuti bila sampai2 tanya hotel sana dan sini semuanya penuh...apa hal? kalau siang hari, sempat lagi cari hotel lain. Dan ditakuti terpaksa duduk di hotel yang mahal dan jauh dari tempat yang hendak di tuju.

    Ada yang kata lebih mudah booking di AGODA. Memang ya! Cuma kalau booking di Agoda lebih mahal, sebabnya melalui AGODA, cukai akan dikenakan. Tapi di HCMC, hotel tak kena cukai. ( Kalau hotel lain kena tak tahulah. Hotel yang kami duduk tu tak kena)

    Deretan kedai dan hotel di Nguyen an ninh. 
    Jadi boleh browse di internet, dan telefon terus ke hotel tersebut. Besar kemungkinan ramai jugak yang boleh bertutur bahasa inggeris. Ada jugak yg boleh bertutur sikit2 bahasa melayu kerana dah ramai Malaysian ke sana. Tapi kalau malas nak bersusah payah booking saja melalui AGODA atau BOOKING.com. Tapi kalau nak murah sikit, talifon terus ke Vietnam dan tanya. Kalau hotel dia sendiri penuh, dia mungkin boleh carikan hotel yg berdekatan.
      Satu pantang orang Vietnam ni. Kalau kita duduk bertiga utk bilik berdua dia akan marah. Jadi kalau bertiga kena beritahu ingin duduk bertiga. Mereka akan berikan bilik yang sesuai. Secara purata, kami duduk Than Thu Hotel, budget bilik hotel antara RM30-RM50 seorang / satu malam.






    Friday, April 18, 2014

    Tukar Duit RM ke VND

    Kebanyakan yang pergi ke Ho Chi Minh City adalah untuk shopping. Same with me....Nak gi SHOPPING. Perkara petama yang terlintas di fikiran nak bayar guna duit RM? VND-Vietnam Dong? Kebanyakan blog mencadangkan tak perlu tukar duit. tapi tak berani jugak. Adakah di seluruh bandar HCMC duit kita kan diterima? Jadi kebetulan ada kawan yang baru balik dari Vietnam, ada lebih duit VND. jadi mintak tukar sedikit duit kecil. Ada yang mengatakan disana, kalau kita bayar duit besar, kita takkan dapat duit cucur! betul ke?
    Bas HCMC..bas mini saja. Ada air-cond.
    Tidaklah teruk sangat OK..aper!
    Jadi beberapa hari sebelum bertolak, aku telah pergi ke Money changer di KB berhampiran Pasaraya Pantai Timur - the only money changer di KB pada masa tu..feb 2014. Sambil menunggu giliran, aku mengambil kesempatan bersembang dan bertanya dengan pelanggan lain. Kebanyakan mencadangkan agar menukar duit disana..lebih menguntungkan. Jadi program utk tukar duit CANCELLED....Duit akan tukar di HCMC.

    Bila start guna VND?
    Pada mulanya, plan asal, sesampai di airport HCMC, kita akan ambil teksi. Kami semua sembilan orang. Aku cadangkan , baik naik bas saja sebab hanya 5000VND = 80 sen saja.Tambahan, kami punya luggage ringan saje. Kalau teksi, lebih kurang RM30 sebuah. jadi kami terpaksa ambil dua buah....
    Nasib baiklah...pembangkang kuat - Kak Na, tiba2 saja kata, kalau sesiapa nak naik bas kak na belanja. Naik teksi sendiri bayar....Walaupun ramai yang berat hati, maka saya cadangkan, kalau siapa nak naik bas, naik bas. sesiapa nak naik teksi, naiklah teksi. Kita jumpa di hotel....kesudahan..nya...semua ikut naik bas...
    Tambang hanya 5000 VND. Beg besar juga dikenakan tambang. Kami semuanya sembilan orang dan ada empat beg besar jadi kena 5000 VND X 13 = 65,000 VND.

    Kedai Emas Hatam..Sederet dengan hotel yg kami duduk.
    THAN THU HOTEL.
    Berbalik pada kadar tukaran matawang...Semasa kawan bertukar di KB, satu juta VND = RM170++. Semasa tukar di HATAM (kedai emas), dia ambil RM320=2,029,000 VNdong. Wow bukan main seronok lagi kira untung...... JUTAWAN gitu......
    Semasa itu rate nya agak mahal. Nilai dong naik. Tapi ianya tidak terasa oleh org2 di Vietnam. Jadi apabila kita membeli, dia mengira pada kadar yg lebih murah. Jadi apabila membeli, boleh tanya berapa harga yang diambil menggunakan currency yang berbeza.


    Sekian ...pasal duit.......