Followers

Friday, May 30, 2014

Buat international passport

March, 2012
Idea nak pergi ni datang tiba-tiba bila kawanku Che Haslina kata, "Jom cuti ni kita gi Singapore!.. Dalam hati kata OK jugak. Lagipun lama tak bawa budak2 pergi jalan makan angin. Janji nak pergi Genting pun tak jadi lagi... So saja2 bukak internet nak gi Singapore. Bila dah bukak tu...hai....nampak menarik jugak.....
So bila balik rumah beritahu anak-anak, nanti kita gi Singapore nak? Apa lagi....bersorak keriangan mendengarkan tawaran tu....Mulalah mereka pun buka internet dan mencari maklumat mengenainya.
Anak ku tanya.: Ummi nak pergi naik apa?
Ummi : Naik kereta lah
Anak: Ummi nak bawa kereta masuk singapore?
Ummi: Kenapa, tak boleh ke?

Jadi beberapa hari jugak bukak internet and study and planning sorang2 pasal trip tu.
First of all, passport! Anak tak pernah pergi keluar negara. Jadi passport tak ada. Myself punya passport pun lama dah expired dan dah hilang pun. Dengar khabar kena buat report polis and macam lagi. Risau jugak di buatnya.
Masa buat passport bawak semua anak-anak pergi ke imegresen Kota Bharu, di bangunan Wisma, sebelah IPD. Setiap sorang kena RM100. Mine yang hilang ingatkan banyaklah songelnya, tapi bila kata lama dah expire, dia tak minta apa2 pun surat. Kita ni punyalah beria-ia prepare. Syukur Alhamdulillah. Uh, Firdaus, tak kena bayar passport sebab dia OKU. Senang sangat semuanya  go smooth as a breeze. Nak buat passport ni senang aje, asalkan ada duit. Sementara tunggu passport siap about one-hour, kami pergi makan kat KFC. Lepas makan siap dah passportnya. Anak tersenyum saja lepas tu .maklumlah nak makan angin ke Singapore.
ini gambar passport yang dah siap dalam masa tak sampai sejam!

No comments:

Post a Comment